DuNia MujAHid UntuK UmMaH: Masalah yang ditimbulkan Isteri (Kitab Muhimmah)

Wednesday, July 18, 2012

Masalah yang ditimbulkan Isteri (Kitab Muhimmah)

Nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Kitab Muhimmah

13/7/2012

Surau Pak Tuyu, Kuala Terengganu



Antara isi yg dibicangkn ialah :


1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.


2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.


3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.


4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.


5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.


6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.


7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.


8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.


9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.


10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.


11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.


12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih lepuk doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.


14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.


15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.


16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.


17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.


18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.


20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.


21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.


22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.


23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane..


24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!


25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!! Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!


26. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh mu kawin dgn org laki la!


27. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.


28. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.


29. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.


30. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jd semakin cantik.



========================



- Soal Jawab Agama -


1) Tak boleh sebut huruf "rho" dgn jelas,boleh jd imam tak?

- tak boleh jd imam jika ada makmum yg boleh sebut dgn jelas..


2) Semasa azan boleh lafaz dgn panjang tak sebutan "Ilaaha" ?

- tak boleh pjg,setakat dua harakat sahaja..


3) Apakah cara akad nikah bg org yg bisu?

- wajib jugak ijab kabul tp tak wajib b'lafaz,kalau b'lafaz sampai esok pun tak boleh..memadai dgn isyarat seperti angguk atau tanda bagus.


4) Pakai baju syarikat arak boleh tak?

- tak boleh.


5) Hukum sms dgn tunang haram tak?

- tak haram,sms hanya tulisan..tak nampak muka,tulis yg halal jd halal,tulis yg haram jd haram.


6) Hukum pakai seluar 3 suku?

- boleh pakai,lutut bkn aurat..aurat yg sebenarnya adalah atas dari lutut,pakai 3 suku lg baik..bila kita faham agama maka akan menyenangkan kita,jgn mu yg 3 suku sudoh!


7) Hukum akad nikah melalui sms?

- kena tgk keadaan,jika mahkamah syariah benarkan br boleh.


8) Hukum perempuan mengaji ketika haid?

- dalam mazhab maliki dibenarkan.


9) Hukum perempuan buat rambut rebonding?

- tak haram sebab tak kekal,tp haram jika dedahkan pada bukan mahram.


10) Hukum pijak bendera Terengganu?

- tak boleh pijak jika bendera itu ada lambang syiar islam seperti bulan dan bintang.


11) Kenapa org yg jimak pada bulan puasa kena kifarah,yg tak puasa tak kena pulak?

- walaupun tak dikenakan kifarah,perbuatan tetap haram dan berdosa besar.


12) Tolong angkat bukan mahram jatuh sebab tiada org nak angkat,tp rase seronok pulak bila blh pegang..dosa tak?

- perbuatan menolong tu baik,tp ambik keseronokan tu haram..lari dari makna nak tolong org.


13) Solat diatas tangga,kaki kanan kat atas..kaki kiri kat bawah,sah tak solat?

- solat tetap sah bila kita t'sepit dlm keadaan begini,islam itu indah..jgn punggung lebih rendah dari kepala sudah ketika sujud.


14) Bolehkah wang zakat diberikan pada bukan islam?

- tak boleh,tidak t'masuk dlm asnaf zakat.


15) Bagaimana lafaz rujuk yg mudah?

- yg paling mudah,tak perlu mengadap kiblat dan berkata "aku rujuk kamu jd isteriku semula" automatik jd isteri kita blk.


16) Hukum urus niaga dgn org kafir yg jual arak?

- jika urus niaga kita dgnnya tak libatkan arak yg dia jual maka halal berurus niaga dgnnya,tak dosa.


17) Bagitau kat orang tak kawin lg padahal dah kawin pun,jatuh tak talak?

- tak jatuh talak,tp dosa la sbb tipu org.


18) Boleh makan tak buah-buahan yg diukir kalimah Allah?

- kata setengah ulama makruh memakannya.


19) Apa pendapat ustaz tentang bekas mufti perlis nak lawan puak sekular?

- kita tunggu la kenyataan-kenyataannya lepas ni.


20) Hukum ambik brg yg telah ditinggalkan tuannya?

- boleh ambik tp tandalah jumlahnya,senang nak pulang balik jika dia mari tuntut.


21) Tak sempat ganti puasa,kena fidyah tak?

- kalu kerana mu sibuk dgn kerja sampai tak sempat ganti maka dikenakan fidyah..jika tak mampu ganti kerana sakit tidak kena fidyah.


22) Suka beronani,skrg dh taubat..lepas tu misai dan janggut saya tak tumbuh pun,adakah perlu saya jumpa doktor?

- tak penting misai atau janggut mu tumbuh atau tidak yg penting mu taubat.


23) Sedang b'cinta dgn seorg lelaki,buat rancangan utk b'kahwin..tp lelaki tu sebenarnya sudah b'kahwin,isterinya tak bg dia kawin dgn saya dan maki hamun saya,keluarga saya pun tak bg jugak..dah buat istikharah dan saya hanya nampak lelaki itu,adakah perlu saya teruskan hajat saya?

- kalau ada larangan atau tegahan dari org ramai itu baik dr segi hukum syarak,mungkin ada sesuatu yg tak baik..walaupun kita cinta pada dia tak semestinya dia adalah jodoh kita,jika dia tu seorang yg baik barulah boleh diteruskan walaupun ada tentangan.


24) Boleh tak ustaz bg tips dan petua b'poligami?

- nok suruh orang puang maroh saje la ni!jika mu rase mu nim tak boleh buat sesuatu yg betul cukuplah mu kawin sorang je..biarlah b'poligami ni ada maksud yg baik pada agama,biar agama yg didahulukan!jgn ingat nak seronok je,tgk org kawin mu nak kawin!jgnlah b'poligami ni atas dasar nafsu semata-mata dan jgn kerana suka-suka,biar ada alasan yg benar.

Wallahu'alam..



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment