DuNia MujAHid UntuK UmMaH: MALAIKAT MENANGIS PADA PENGHUJUNG RAMADHAN

Wednesday, August 15, 2012

MALAIKAT MENANGIS PADA PENGHUJUNG RAMADHAN


Bulan Ramadhan adalah suatu bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah dari Allah ta’ala. Pada bulan ini, doa dan taubat kita amat mudah diterima oleh Allah. Sesiapa yang beribadah kepada-Nya akan berlipat kali ganda pahala berbanding pahala ibadah pada bulan-bulan yang lain.

Para malaikat sangat mengasihi orang yang berpuasa dan membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadhan. Allah telah menciptakan satu malaikat yang sujud sehingga hari kiamat. Dalam sujudnya, malaikat itu berdoa: “Ya Allah, kasihanilah umat Muhammad (S.A.W). Janganlah Engkau seksa orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan”

Selain kelebihan dan keistimewaan yang sangat banyak, bulan ramadhan juga terkenal dengan satu malam daripada malam-malam yang lain pada bulan al-Mubarak itu iaitulah Lailatulqadar. Sesiapa yang melakukan ibadah pada malam tersebut akan beroleh ganjaran seperti beribadah selama 1000 bulan (bersamaan 83 tahun)!



Pada waktu Lailatulqadar, para malaikan yang dipimpin oleh Malaikat Jibril a.s. akan turun ke dunia. Mereka akan mendoakan kebaikan utk umat islam yang beriman.

Oleh sebab itu, perbanyakkanlah amalan seperti berzikir, berselawat, bersembanhyang sunat, membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah ta’ala. Mintalah apa sahaja kepada-Nya. Doa orang yang beriman pada bulan Ramadhan mudah-mudahan turut diaminkan oleh para malaikat. Ada doa khusus yang elok dijadikan amalan pada setiap malam Ramadhan:

اللهمّ انّك عفوّ تحبّ العفوَ فاعْف عنّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengampun, Engkau suka memberi keampunan, maka ampunkanlah daku”

Amalan-amalan ini perlu dilakukan pada setiap malam kerana kita tidak tahu malam yang mana satukah dipilih oleh Allah sebagai Lailatulqadar. Alangkah bertuahnya sekiranya ibadah-ibadah yang kita lakukan itu bertepatan dengan Lailatulqadar. Pahalanya sudah tentu berlipat-lipat kali ganda.

Pada malam Ramadhan yang terakhir, seluruh penghuni langit dan para malaikat akan menangis. Mereka berasa sedih dan terharu kerana terpaksa berpisah dengan bulan yang sangat istimewa ini. Sudah tentu keistimewaannya itu tidak akan diperoleh pada bulan-bulan yang lain.


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment